JUST ONE VICTORY
たったひとつの勝利
(Menuruni tangga kapal terbang kulihat mentari bersinar garang di langit tinggi seakan ingin memanggang bumi namun hakikatnya kesejukan yang menggigit diri di waktu tangga terakhir selesai kuturuni)
Oh, inilah Jepun
Kemenanganku yang pertama ialah menjejakkan kaki
ke bumi ini.
Ah, rupanya tanah ini tidak mengundang kehadiranku.
Seribu onak dan duri di hadapan
Ranjau sepanjang jalan
Bukit bukau dan hutan batu seakan menunjukku jalan pulang
memintaku...putus asa?
Tidak! kerana aku akan terus berdiri
Kerana kembara ini hanya satu persinggahan
Pencarianku di sini hanya satu kemenangan
卒業・・・
-STAY DREAM-
*original written on 7/4/1999*
No comments:
Post a Comment