Friday, October 07, 1983

Bosan

Written somewhere in 1997…or was it 1998? @ UMKL

BOSAN ( sebuah sajak musim exam )

Jam menunjukkan pukul 10:30
Ataupun Juu Ji Han
Aku masih tenang
Tenang hati setenang pedang
Tenang pedang setenang hati
Tenang aku…
Setenang otak berkarat

Masih ada sejam
Untuk aku jawab soalan
Supaya aku tak mengulang
Tapi malang buat masa sekarang
Aku ikan emas yang diam di kolam
Menunggu masa menjadi naga
Agar dapat bangkit ke udara
Kerana tiada manusia dilahirkan panglima
Siapa ingin berjaya mestilah rajin berusaha

Tiba akal kerana gelisah
Tapi akalku tak kunjung tiba
Kerana tenang aku…
Setenang pedang berkarat

Jika apa yang telah ditakdirkan itu
Tidak dapat aku elakkan lagi
Terpaksalah aku menerimanya

Di mana pendekar berkubur
Kalau tidak di medan tempur
Di mana pelajar malas gugur
Kalau tidak di bangunan peperiksaan aras 2
Di mana regor tidur
Kalau tidak di atas katil,
Di mana-mana pun boleh…zzzzzz