Thursday, August 30, 2007

Hanya Satu Kemenangan

JUST ONE VICTORY
たったひとつの勝利

(Menuruni tangga kapal terbang kulihat mentari bersinar garang di langit tinggi seakan ingin memanggang bumi namun hakikatnya kesejukan yang menggigit diri di waktu tangga terakhir selesai kuturuni)

Oh, inilah Jepun
Kemenanganku yang pertama ialah menjejakkan kaki
ke bumi ini.

Ah, rupanya tanah ini tidak mengundang kehadiranku.
Seribu onak dan duri di hadapan
Ranjau sepanjang jalan
Bukit bukau dan hutan batu seakan menunjukku jalan pulang
memintaku...putus asa?

Tidak! kerana aku akan terus berdiri
Kerana kembara ini hanya satu persinggahan
Pencarianku di sini hanya satu kemenangan
卒業・・・

-STAY DREAM-

*original written on 7/4/1999*

Kejiwangan Penjejak Badai & Meng

Bersandar pada pagar serambi
Kuperhatikan hujan gerimis
Dengan tawar kupandang dunia pertempuran
Selepas ini aku tidak akan berkelana lagi

*first page from my old 'memories' book*

Wednesday, July 18, 2007

Lelaki Yang Tidak Boleh ...

Ingin jadi juara
dia bersuara
without fear and favor
apa saja yang terlintas di minda

Lelaki yang tidak boleh...
fikirnya adalah dia

Dalam bahasa yang patah
semangatnya tetap gagah
sekadar berhujah, bukan berbalah

Bersama masa
sang juara mencari makna
di sebalik tajuk bicara
lelaki yang tidak boleh ...

Cuba mengadili diri
dia sedari
dia bukanlah lelaki yang tidak boleh ...

Berita terkini :
'ruang bicara hilang ditelan masa
kerana pembukanya terleka
lambat keluar fulus kekeke'

sajak eksperimen July 7, 2010
ditujukan kepada...angin yang lalu, hujan yang turun