Monday, November 07, 1983

Barang Lepas Jangan DiKenang

Written somewhere in 1997 ( or was it 1998? )

BARANG LEPAS JANGAN DIKENANG
(sebuah sajak musim exam)

“Benda yang tidak bernyawa ini
Tidak seharusnya dijadikan bebanan
Cukuplah sekadar untuk pengajaran”
Lalu patung Buddha berwarna hijau
Yang diperbuat daripada jed itu
Pun dihancurkan oleh Penjejak Neraka
Lalu dilesekkannya ke dahi Zonan
Umpama melesek tahi ayam lalu
Zonan pun menutup dahinya supaya
Orang tak nampak yang dia cuba
Keluarkan belang tarung yang
Baru yang serupa dengan Penjejak
Neraka iaitu berbentuk bulat
Supaya dapat lawan dengan
Blue Dream kerana dia tidak
Mengerti kata-kata Blue Dream
Yang mempunyai maksud yang sangat
Dalam baginya sambil berkata
Kepada Blue Dream
“Aku hanya percayakan rasa hatiku”
lalu dibalas oleh Blue Dream
“Rasa hati yang nak bunuh diri
pun kau percaya?” lalu tanpa
melengahkan masa lagi mereka
bertarung lalu masuk campur
tangan dan kakilah Pendekar Laut
ke dalam sayembara itu seraya
berkata “Regor memang tak
perlukan bantuan sesiapapun tapi
itu tak bermakna aku tak akan
bantu Zonan” lalu menetak
Blue Dream dengan air mineral
Bleu yang dibeli di kedai Rahim…