Tuesday, April 24, 1979

Awang dan Serigala Salji

Legion Serigala Salji





Mempamerkan kepala serigala salji berwarna putih dan latar belakang berwarna biru sebagai lambang ketumbukan, Legion Serigala Salji adalah satu ketumbukan tentera Negara Utara yang paling disegani.

Ketua puak Serigala Salji telah menjadi pemerintah Negara Utara sejak beratus-ratus tahun lamanya tanpa mendapat cabaran hebat dari puak-puak Pakatan Utara yang lain, yang terdiri dari Tauren, Troll, Tengu, dan Tempula Hitam.

Kebiasaannya mereka menunggang serigala salji sebagai haiwan perang. Serigala salji ini pula tidaklah ditunggang oleh sesiapa sahaja, kerana serigala gergasi ini hanya memilih pahlawan yang layak sahaja, setelah melalui proses Rite of Passage (Tsukagi Rei).

Puak Serigala Salji kebanyakannya adalah kelas pahlawan, dan ketua mereka juga mahir dalam Kuasa Mistik aliran Alam, atau Shamanistic.
























Pasukan Baja Putih Awang

Awang telah mengadaptasi Legion Serigala Putih kepada pasukan tenteranya sendiri yang digelar PBP. Mereka menunggang kuda berperisai putih, dan memakai baju perisai ringan berwarna putih juga.

Perisai kepala mereka juga dilengkapi dengan ‘kaca berwarna’ untuk melindungi mata dari sinaran terik mentari dan kilauan cahaya yang terang seperti pantulan cermin. ‘Kaca berwarna’ dihasilkan secara tempahan rahsia besar-besaran oleh syarikat yang ditubuhkan oleh Awang dan seorang tukang gelas.

Dengan itu, musuh PBP menghadapi kesukaran bertempur kerana pantulan cahaya dari baju baja putih mereka yang membutakan mata.



Puak Serigala
Ketua puak dan keluarga mereka mencacah dada mereka dengan lambang serigala

No comments: