Friday, October 07, 1983

Bosan

Written somewhere in 1997…or was it 1998? @ UMKL

BOSAN ( sebuah sajak musim exam )

Jam menunjukkan pukul 10:30
Ataupun Juu Ji Han
Aku masih tenang
Tenang hati setenang pedang
Tenang pedang setenang hati
Tenang aku…
Setenang otak berkarat

Masih ada sejam
Untuk aku jawab soalan
Supaya aku tak mengulang
Tapi malang buat masa sekarang
Aku ikan emas yang diam di kolam
Menunggu masa menjadi naga
Agar dapat bangkit ke udara
Kerana tiada manusia dilahirkan panglima
Siapa ingin berjaya mestilah rajin berusaha

Tiba akal kerana gelisah
Tapi akalku tak kunjung tiba
Kerana tenang aku…
Setenang pedang berkarat

Jika apa yang telah ditakdirkan itu
Tidak dapat aku elakkan lagi
Terpaksalah aku menerimanya

Di mana pendekar berkubur
Kalau tidak di medan tempur
Di mana pelajar malas gugur
Kalau tidak di bangunan peperiksaan aras 2
Di mana regor tidur
Kalau tidak di atas katil,
Di mana-mana pun boleh…zzzzzz

Monday, December 13, 1982

Cahaya Bintang - Muse (starlight)

Jauh
Bertambah jauh
Kapal ini membawaku
Bertambah jauh
Dari ingatan orang yang peduli
Hidup atau matiku


Cahaya bintang
Aku mengejar cahaya bintang
Sehingga ke akhir hayat
Apakah benar ianya untukku

Genggam erat tanganmu
Aku hanya ingin
Menggenggam erat tanganmu

Hidupku
Kau nyalakan api hidupku
Bersama kita semarakkan
Semua jiwa yang rela mati
Demi untuk merasa hidup

Takkan melepaskanmu
Andai kau berjanji
Untuk setia menanti
Setia…menanti

Harapan dan impian kita
Masa depan dan takdir Tuhan

Saturday, January 02, 1982

Haiku 1

Pada siapa
cinta suciku ini
angin kan bawa


Aku pernah bermimpi
aku terbang tinggi
di manakah aku kini?


Malam nan dingin
Api masih bernyala
Naga sedang bertapa

Wednesday, April 15, 1981

Segalanya - Rumah Kehidupan

rough and rushing and spontaneous..
gonna try to translate this lyrics


Cariku di sini
Bisikkan padaku
Aku ingin merasaimu
Aku ingin mendengarmu

Kau adalah cahaya
Menerangi jalanku
Mencari tempat
Di mana damai bersemadi

Kau adalah kekuatanku, untuk terus melangkah
Kau adalah harapanku, untuk terus meyakini
Kau adalah cahaya jiwaku
Kau adalah tujuanku, kaulah segalanya.

Tak mampu aku berdiri di sini, tanpa kehadiranmu
Tiada yang lebih baik dari bersamamu, setiap waktu

Kau damaikan resah, and beriku

You calm the storms, and you give me rest.
You hold me in your hands, you won't let me fall.
You still my heart, and you take my breath away.
Would you take me in? Take me deeper now?

And How can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?
And how can I stand here with you and not be moved by you?
Would you tell me how could it be any better than this?

Cause you're all I want, you're all I need
You're everything, everything
You're all I want, you're all I need
You're everything, everything.
You're all I want, you're all I need.
You're everything, everything
You're all I want, you're all I need.
You're everything, everything.

Tuesday, July 10, 1979

Monday, July 09, 1979

Friday, April 27, 1979

Thursday, April 26, 1979

Kurtzen, dan Pasukan Baja Hitam




Kurtzen, Panglima Baja Hitam

Wednesday, April 25, 1979

Heroes... Pahlawan, Perwira, Jagoan

Awaken page 491.




'Dan yang terakhir, hero juga bukanlah seorang yang sempurna, kerana dia juga sentiasa ingin memperbaiki kelemahannya dan meningkatkan kemahirannya'.

Akhiri Awan.





nota:
Warlove, yang umurnya sebaya dengan Awan, adalah anak kedua kepada Tuan Ketua Pulau. Dia dilahirkan dengan Tahap Mana yang luar biasa menjadikan dia layak belajar Kuasa Mistik di bawah tunjuk ajar Tok Tereng..

Tuesday, April 24, 1979

Awang dan Serigala Salji

Legion Serigala Salji





Mempamerkan kepala serigala salji berwarna putih dan latar belakang berwarna biru sebagai lambang ketumbukan, Legion Serigala Salji adalah satu ketumbukan tentera Negara Utara yang paling disegani.

Ketua puak Serigala Salji telah menjadi pemerintah Negara Utara sejak beratus-ratus tahun lamanya tanpa mendapat cabaran hebat dari puak-puak Pakatan Utara yang lain, yang terdiri dari Tauren, Troll, Tengu, dan Tempula Hitam.

Kebiasaannya mereka menunggang serigala salji sebagai haiwan perang. Serigala salji ini pula tidaklah ditunggang oleh sesiapa sahaja, kerana serigala gergasi ini hanya memilih pahlawan yang layak sahaja, setelah melalui proses Rite of Passage (Tsukagi Rei).

Puak Serigala Salji kebanyakannya adalah kelas pahlawan, dan ketua mereka juga mahir dalam Kuasa Mistik aliran Alam, atau Shamanistic.
























Pasukan Baja Putih Awang

Awang telah mengadaptasi Legion Serigala Putih kepada pasukan tenteranya sendiri yang digelar PBP. Mereka menunggang kuda berperisai putih, dan memakai baju perisai ringan berwarna putih juga.

Perisai kepala mereka juga dilengkapi dengan ‘kaca berwarna’ untuk melindungi mata dari sinaran terik mentari dan kilauan cahaya yang terang seperti pantulan cermin. ‘Kaca berwarna’ dihasilkan secara tempahan rahsia besar-besaran oleh syarikat yang ditubuhkan oleh Awang dan seorang tukang gelas.

Dengan itu, musuh PBP menghadapi kesukaran bertempur kerana pantulan cahaya dari baju baja putih mereka yang membutakan mata.



Puak Serigala
Ketua puak dan keluarga mereka mencacah dada mereka dengan lambang serigala

Monday, April 23, 1979

Sunday, April 22, 1979

Saturday, April 21, 1979

cebisan novel Blood Pledge

posted this just to keep a record.


Prolog :
suasana di istana. Kematian maharaja. Execution of panglima (father of Avan).
(ala Gladiator)
(mengalih tempat) ? hutan berdekatan Windawood ? operasi memburu Avan.

Avan escape. By perahu/rakit,
(cerita tt Avan hanyut ke pulau akan diceritakan ala flashback)

Hmmm...nama sebenar Avan ? Arshkandi (sempena nama sebilah pedang keramat ala Exalibur)

*execution of Panglima : open ending (make people think/assume that panglima is dead)
*must intro watak Avan so pembaca berminat nak ketahui kisah dan nasib dia seterusnya.
**idea : utk prolog nama timangan Avan, untuk kisah bab 1 jadi Awang.
**idea untuk intro ? maybe ceritakan apa Avan tengah buat, apa skill dia etc. w/e, to attract readers to know more about him.

Scene2:

Follow the White Rabbit (ala Matrix)
including : berbual dengan Ayah (Tok Kel) kali kedua di unggun api.
Paginya : bertanya tt arnab putih
berjalan ke pasar, bertanya khabar, ke kedai Pandora, berpisah
berjumpa arnab putih, tuan puteri
'?nother death'

Friday, April 20, 1979

Thursday, April 19, 1979

Wednesday, April 18, 1979