Jibunde ( Dengan Diriku )
( By Myself - Linkin Park )
Soalan :
Apa yang harus aku lakukan
Untuk tidak mempedulikan semua ini?
Apakah
-aku mengikut naluriku membuta uli?
Apakah
-aku terlalu merendah diri?
-bersembunyi dari kengerian ini?
Dan
-memberi ruang pada kesedihan
/yang menggila dalam fikiran?
Apakah
-aku harus duduk di sini
/cuba menghadapinya?
Atau
-lari dari sini
/seperti dia?
Apakah
-aku harus bergantung pada seseorang
/dan dibodohkan oleh keadaan?
Atau
-melaluinya seorang diri
/dan hidup dalam kesunyian?
Kerana aku tak mampu bertahan lagi
Kerana semangatku sudah beransur mati
Aku usahakan semampuku
Namun perjuangan ini tewas juga
Aku merancang strategi sempurna
Namun hanya berakhir dengan kecewa
Jibunde ( dengan diriku )
Aku bertanya kenapa
Namun di dalam jiwaku kutahu
Aku tak mampu bersendiri lagi
Kerana aku tak mampu bertahan lagi
Pabila kekuatanku tidak bersisa lagi
Kerana terlalu banyak perlu kupikul
Pabila tenggelam dalam kecewa kekalahan
Kerana aku tak mampu bertahan lagi
Andai aku berpaling
-aku pasti telah tewas
Andai aku teruskan begini
-nampaknya kurang waras
Andai aku turunkan kemegahanku
Dan membiarkan semua berlalu
Dan memulakan cerita baru
Mereka akan mengambil semua dariku
Andai aku bawa semuanya
-aku akan dilanyak
Namun untuk lepaskannya
-aku akan digelak
Andai aku dibunuh
(oleh persoalan bagaikan barah)
Aku akan dikuburkan
(dalam kesunyian sebuah jawapan)
Oleh diriku sendiri
Bagaimana boleh begini
Aku tewas berkali-kali
(aku bimbang kehilangan sentuhan)
Bagaimana akan kutahu
Apa yang perlu kulaku
(aku bimbang kehilangan mimpi)
Jibunde
Aku akan terus melangkah
Mengutip serpihan mimpi-mimpi
Menjadi naga sejati
No comments:
Post a Comment