Tuesday, September 09, 2008

Semangat Abadi

Semangat Abadi
( Forever Love – X-Japan )

Tak mampu lagi
Berjalan seorang diri
Di malam sunyi begini
Hanya stereo yang masih berbunyi

Kehampaan, kekecewaan
Seakan terlalu kuat menghantui
Ah, adakah ini kekalahan?
Telah biasa kini, sepatutnya

Sering kali memujuk hati
Yang sering berubah, waktu ini
Apakah masih ada –
Semangat juang yang tak pernah patah?

Genggam erat semangatku
Hentikan kekecewaan
Seakan-akan pecah berderai
Hatiku ini

Semangat abadi?
Impian sejati?
Hanyalah kehampaan mengisi hidupku
Kini…

Dengan keperitan
Dengan seribu kekurangan
Kulangkahkan jua kakiku
Mengapa kali ini aku ragu-ragu?

Yang kurasa hanyalah kehampaan
Bersarang dihatiku

Semangat abadi
Impian sejati
Tidak selamanya di sisi
Ke mana pergi?

Memujuk hati
Yang tak keruan, waktu ini
Aku ingin terus berdiri di sini
Sehingga masanya untukku pergi

Bilakah akan berakhir
Keresahan yang tak kehabisan ini?
Ah, apakah itu kehilangan?
Tiada apa – Cuma semangat juang

Semangat abadi
Impian abadi
Selamanyalah di sini
Menemani hati

Teruskan bersamaku
Sehingga kecewa itu berlalu
Aku tak mampu melangkah lagi
Hingga kutahu kenapa

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Aku perlu tahu kenapa
Untuk siapa
Kerana aku perlu merangka
Bila dan bagaimana…

Mungkin…tak perlu kutahu
Kerana aku hanya tetamu di sini
Sehingga waktunya untuk aku pergi

No comments: