Kutinggalkan Semalam
( Can’t say Goodbye to Yesterday - Metal Gear OST )
Aku memandang ke bintang-bintang
Ke langit panjang
Dan memikirkan…
‘Apakah maknanya hidupku di dunia ini?’
Adakah hidupku penuh kesedihan?
Penuh penyesalan?
Adakah aku terluka, menahan kesakitan?
Menahan penderitaan?
Atau…
Adakah aku dipenuhi cinta?
Ku berjalan seorang diri
Menyusuri Hiroji-dori
Bertanya pada malam yang kelam
‘Adakah esok membawa sinar atau hujan?’
‘Yang mana satukah akan muncul?’
Aku akan meninggalkan semalam, kawanku
Takkan berpaling lagi
Aku akan mencari dahan yang kukuh
Takkan bergantung di ranting yang rapuh
Kerana dalam kegelapan ini tiada jalan lagi
Selain cahaya menyinari….
Masa depanku.
Kerana telah aku temui
‘Kesedihan Tak Bisa Dikata’
‘Membunuh Keadilan Dan Percintaan’
‘Mencapai Kejayaan Berulang-ulang’
‘Mayat-mayat Bergelimpangan Sepadang’
Dan mimpi-mimpi yang berguguran
Semalam, itulah semalam
Hari ini…
Aku hidup dalam dunia yang aman
Masih belum mereka memahami
Yang terbaik dalam hidup ini
Semuanya percuma
Derai tawa atau satu senyuman
Dakapan erat atau satu salam
Aku jatuh melutut
Menangis dan menangis dalam sepi
Tuhan, jangan biarkan diriku
Cinta, hadirlah dalam hidupku
Aku akan meninggalkan semalam, kawanku
Kerana aku tahu untuk bangun
Mencabar masa hadapan
Di sini aku berdiri
Datanglah apa sahaja
Kerana aku,
Maharaja Naga Waja Timur Angkasa
Takkan gentar menghadapinya!
No comments:
Post a Comment