The Real Folk Blues
( Cowboy Bebop )
Sudah terlambat untuk menyatakan
‘Korekara Gambaru’
Awan berarak, angin berlalu
Hanya aku yang terus tegak
Belajar malas balik tak mahu
Sebelah mataku melihat esok
Sebelahnya lagi melihat semalam
Namun di fikiran hanyalah hari ini
Kuharap dapat lena semula
Bagai waktu-waktu dahulu
Menangis untukku?
Siapakah yang sudi?
Sedang aku sendiri berkeras hati
Kononnya aku seorang lelaki sejati
Xxxxx
Inilah perjiwanganku yang sebenar
Hanya ingin merasa kesunyian sebenar
Apalah sangat hidup dalam kekalahan
Akan berakhir bila nyawa telah pulang
Namun bagiku hidup mesti menang!
Impian yang tiada harapan
Jerangkap terbentang dalam setiap peluang
Benar dan salah
Hanyalah dua muka sekeping syiling
Siapa menilaikan?
Berapa lama harus aku bertahan
Meneruskan perjuangan
Inilah perjuanganku yang sebenar
Hanya ingin merasa kepahitan sebenar
Apalah sangat hidup dalam kemenangan
Akan berakhir bila nyawa telah hilang
Namun bagiku….
Huh? Nani?
No comments:
Post a Comment